BioDisc…. jgn percaya sehingga…

Kalau korang sampai ke blog ni kerana mencari maklumat tentang Biodisc dari syarikat Qnet mungkin korang akan memperolehi sedikit lagi informasi yang aku rasa mungkin berguna….

Produk ni sebenarnya bagi aku amatlah baru.. walaupun sebenarnya ia telah lama dipasarkan (mungkin lebih 5 tahun) cuma aku je yang baru tau lepas kawan aku yg introduce… tu pun sebenarnya dia nak citer pasal biz opportunity.. dan memandangkan kawan2 punya pasal.. aku pun dengar..  terus terang aku cakap mmg biz plan Qnet ni menarik (walaupun baru nampak sikit2 income dia) tapi aku tak minat sangat pasal biz opportunity ni lagi sehinggalah aku dapat tengok apa yg bagus sangat produk yg Qnet pasarkan ni…

Dipendekkan ceriterr.. member aku tunjuk biodisc.. sekeping ‘piring kaca’ yang aku pun tak tau benda apa… so dia dan ‘sifu’ dia pun bercerite panjang tentang biodisc ni… aku dengarkan je.. walaupun masa tu tak minat mana pun.. tapi satu turning point yg buat aku tertarik tentang biodisc ni bila member aku tunjuk satu testimonial tentang pesakit lumpuh yg boleh berjalan semula lepas menggunakan rawatan suluhan lampu biodisc.. korang boleh tengok kat bawah ni..

embedded by Embedded Video

terpulang kepada korang yg nak percaya atau tak.. dan aku pun tak suruh sapa2 percaya kalo taknak percaya…  tapi kalo korang rajin korang boleh tengok banyak lagi testimoni yg positif tentang biodisc ni…

so apa yang buat aku nak sangat cuba ‘piring kaca’ yg harga lebih RM2,000 ni??.. bagi korang yg follow posting aku sebelum ni atau yg kenal anak aku, Naim aku rasa korang dah tau masalah anak aku… so sebagai bapak.. dan Alhamdulillah dengan rezeki dan kemampuan yang ada… aku rasa wajib untuk aku terus BERUSAHA untuk memberikan yang terbaik untuk dia..

bagi yang tak tau lagi… anak aku mengalami masalah Cerebral Palsy (CP) Hemeplegia… korang boleh tanya pakcik Google mendalah apa tu… dan org yg tau pastinya tau tahap keseriusan CP ni kerana dikatakan tidak boleh diubati… dan hanya boleh dikurangkan…  setakat ni memang banyak dah aku usahakan untuk anak aku ni dan Alhamdulillah ada perubahan walaupun mula berjalan pada umur lebih kurang 2 tahun setengah..  ok.. back to biodisc..

tu la sebabnya aku nak jugak cuba biodisc ni.. walaupun pada malam selepas member aku present tu aku rasa dah taknak join dah Qnet ni… tp hati aku digerakkan untuk cuba biodisc ni jugak.. dan esoknya pun aku confirm join Qnet untuk gunakan biodosc ni (..maka bersoraklah org2 anti-Qnet mengatakan aku kena tipu!.. hehehe.. takpe.. duit aku pun kan.. bukan duit korang..)

Ok.. ni sedikit cerita setelah lebih kurang seminggu aku dapat biodisc kat tangan aku.. (16 Mac 2012)..  Malam tu jugak aku buat  test guna air Coke macam yg korang boleh tgk kat http://www.youtube.com/watch?v=c3gMa9XRZ9I&feature=related dan memang betul2 berbeza.. dan kawan2 aku semua mengesahkannya… Coke yg dituang melalui biodisc bukan sahaja kurang buih/gas tapi rasanya juga kurang bergas berbanding Coke yang dituang tidak melalui biodisc.
UJIAN 1: LULUS!

Esoknya.. (17 Mac 2012).. aku buat satu lagi test simple menggunakan sayur yg telah layu.. satu aku rendam dalam piring yg ada air direndam bersama biodisc dan satu lagi air biasa.. dan hasilnya juga menakjubkan… sayur yg layu dan direndam dalam air yg dirawat biodisc kembang segar malah batangnya pun bila aku patahkan seperti sayur segar!  bagi aku ni just demo simple.. aku ada rakam tapi tak perlu kot letak sini.. unless ada yg tak percaya dan nak tengok jugak.. bolehlah email kat aku..
UJIAN 2: LULUS!

Ahad (14 Mac 2012)… aku balik kampung.. Terengganu.. jauh tu beb kalo belakang pun dah rasa sakit… sebenarnya urat belakang aku sakit sejak kelmarin sebab salah tidur… sehinggalah aku sampai di Terengganu.. masih lagi sakit.. malah semakin sakit sebab driving lebih kurang 5 jam..  malam tu jugak aku suruh bini aku gunakan torchlight LED dan buat suluhan guna biodisc (cahaya lampu LED melalui biodisc) ke bahagian yg sakit…  ni apa yg member aku ajar dan aku tengok kat youtube la cara guna dia…  dan..Alhamdulillah.. dengan izin Allah.. lepas 2 kali buat suluhan tu (lebih kurang 20 min sekali buat) rasa sakit belakang aku semakin beransur kurang dan akhirnya hari ke-3 terus hilang sakit tu… Tak percaya?? .. tak payah percaya.. yang penting bagi aku…syukur pada Allah rasa sakit yg amat tu dah hilang..

Suluhan Guna Lampu Suluh LED..

hari yang sama aku bagi pulak bini aku guna kat mak dia yg selalu cakap sakit lutut dan bengkak kaki…. dan hasilnya memang positif… bini aku pun buatkan jugak kat bapak dia yang sakit kepala dan tengkuk akibat terhantuk satu masa dulu sampai hidung berdarah…  yg ni aku tak tau apa keputusan dia.. sebab sekali buat je.. huhuhu..

anak aku camne?? ni sebenarnya yg lebih penting untuk aku share… sebab aku harap ramai parents di luar sana yg mempunyai anak yang sama seperti Naim supaya teruskan usaha untuk anak anda… dan mungkin dengan izin Allah… biodisc boleh membantu..

untuk anak aku ni aku dan bini aku lakukan setiap pagi (masa dia belum celik mata) dengan pancaran cahaya biodisc.. aku order satu lampu khas untuk letakkan biodisc tu supaya taklah penat tangan nak pusing lawan arah jam torchlight tu selama 20 min setiap kali nak buat suluhan ni..

kalau sebelum ni guna torchlight rasa macam nak tercabut tangan.. sekarang dah ada lampu khas… mmg lega dan tersangat efisien.. on je lampu tu dan set masa… then lampu tu akan off sendiri..

dan hasilnya selepas 3 hari buat benda pelik ni… (yup.. mmg aku pun rasa macam pelik untuk percaya) tapi setakat ni memang aku dah nampak dengan mata kepala aku sendiri keisitmewaan biodisc ni)…. anak aku dah boleh naik tangga tanpa pegang!! Tengok video kat bawah ni..

embedded by Embedded Video

mungkin bagi kebanyakan orang takde apa yang istimewa.. tapi kalau korang tau masalah orang yang ada cerebral palsy.. ni sebenarnya satu pencapaian yg boleh dikatakan besar… dan aku benar2 bersyukur atas improvement yg ada pada anak aku ni..  dan memang selepas aku gunakan biodisc pada anak aku ni.. perubahan amat ketara sekali dari segi imbangan.. dia dah semakin berani berdiri di tempat yg tinggi tanpa pegang walaupun sebelum ni takut….

satu lagi perubahan yg aku nak share… Naim dah boleh melangkah longkang .. juga tanpa pegang.. ni pun perubahan hasil dari selepas menggunakan biodisc ni.. dan semua orang (termasuk To’ki, Tok, Mak Long Naim) benar2 teruja dengan biodisc ni!

nak tau lagi apa yg biodisc dah buat kat aku dlm seminggu aku bercuti di Terengganu?.. tunggu sambungan posting yg dah semakin panjang ni nanti…

Related Posts with Thumbnails

One thought on “BioDisc…. jgn percaya sehingga…

  1. salam khairul, alhamdulillah, anak u ada improvement, ini semua dgn izin Allah asbab guna biodisc. satu lagi testimoni hebat dan mampu menutup mulut org yg suka wadefak biodisc dan seangkatan dgnnya…sori kasar sikit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *