Cukai Prepaid 6%

UPDATE:  CUKAI 6% TELEFON PRABAYAR DITANGGUHKAN.  Berita lanjut Di Sini.

Semalam wife aku bagitau reload prepaid akan dikenakan cukai 6% bermula pada 15 September ni….tak tau aku nak respons camne sebab dalam hati aku…. hmmm.. bukan ke semua benda skrg caj 6% ke?.. aku tgk invoice2 kat ofis yg aku approve pun semua dah lama caj 6% cukai perkhidmatan… Atau mungkin aku tak ambik kisah sebab aku tak guna prepaid kot..

Pagi ni bila aku bukak Facebook aku.. bertepek2 kat Wall orang lain yg tak puashati dengan caj 6% tambahan ni… bermacam2 hujah yg pro dan kons diberikan masing-masing… ada yang tak puashati sampai kalau boleh satu dunia dia nak bagitau dan habis semua orang dia hentam… ada pulak yang ok je.. mcm aku kata standard la sekarang ni kan semua dah kena caj 6% tu..

Bagi aku kalau orang boleh bayar cukai 6% ni kat tempat-tempat lain seperti restoran makanan segera, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan kenapa mereka harap ada pengecualian untuk prepaid seperti ini? Malahan di sesetengah restoran makanan segera caj perkhidmatan tambahan 10% dikenakan dan tak ramai yang buat bising pasal ni.. bagi aku, inilah yang sebenarnya perlu diberikan perhatian oleh kerajaan dan setiap pengguna.

Ada yang sampai cakap kerajaan takde duit…  dan suruh jangan sokong kerajaan sekarang bila pilihanraya nanti..hmmm… kelakar pun ada bila benda2 camni abis semua nak campur politik… anyway terpulanglah kepada korang masing2..

Satu je perkara yang aku nak cadangkan di sini.. memandangkan majoriti pengguna prepaid ini adalah pelajar dan golongan berpendapatan sederhana atau mereka yang jarang menggunakan telefon untuk panggilan, aku SYORKAN supaya semua syarikat telekomunikasi ni tidak mengenakan cukai 6% ini ke atas nilai prepaid RM5 (atau mungkin RM10).  Absorb je la nilai tu sebagai tanggungjawab sosial… lagipun berapa banyak dah korang sedut duit pengguna postpaid macam aku ni.. haihhh…

Kalau telcos ni takde inisiatif sendiri, aku harap kerajaan sendiri yang kecualikan supaya nilai RM5 atau RM10 reload ni dari dikenakan cukai 6% ni.. memang akan ramai yang akan beli reload ni nanti.. tapi berapa ramai yang sanggup reload setiap 7 atau 14 hari.. dan aku yakin mereka yang biasa buat panggilan akan tetap dengan reload RM30 yang boleh bertahan untuk tempoh lebih panjang dan tak menyusahkan diri..

So kepada semua pengguna prepaid.. anggap je la cukai yang akan dikenakan ni sebagai sebahagian daripada hidup anda dan aku rasa lebih baik kita suruh kerajaan turunkan cukai-cukai lain mcm income tax yg golongan berpendapatan sederhana memang tertekan….

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *