Persahabatan Australia vs Malaysia?

Woww…. bukak2 FB je pagi ni terkejut aku membaca status dari Malaysia National Football Team yang mangatakan Australia telah menjemput pasukan Harimau Malaya untuk perlawanan persahabatan sebagai persiapan mereka untuk bertemu Thailand.  Memang aku dah lama impikan Malaysia bertemu dengan pasukan yang hebat seperti Australia dan semoga ini sebagai permulaan untuk kita melihat lebih banyak pasukan handalan memilih Malaysia sebagai pasukan untuk friendly game mereka di masa hadapan.

Jika ini menjadi kenyataan, perlawanan ini akan diadakan pada 7 Oktober 2011 di Sydney dan ketika Malaysia masih tercari-cari pasukan untuk perlawanan persahabatan bertaraf ‘A’, tiba2 Australia memberikan jemputan.  Ini adalah peluang terbaik untuk Datuk Rajagobal dan Harimau Malaya membuktikan sesuatu selepas tersingkir kepada Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia yang lepas dan aku yakin jika kita dapat membariskan pasukan terbaik (bukan seperti ketika bertemu Singapura) kita juga mampu memberikan kejutan kepada pasukan yang digelar Socceroos ini.

Ayuh Harimau Malaya!… buktikan anda mampu membunuh kangaroo ini.. aku dan berjuta penyokong lain tetap setia dibelakang anda..

p/s Alangkah bestnya kalau game ni dibuat kat Bukit Jalil…..

 

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *