Antara Ramadhan dan mood raya..

Nampaknya penyakit takde ubat dah melanda aku lagi…. penyakit Malas nak buat posting…

sebenarnya bukan takde idea atau isu yang nak aku share di blog ni…. banyak sangat sebenarnya.. antaranya pasal bolasepak antara Malaysia vs Singapura yg aku pegi sampai Stadium Jalan Besar dan juga Stadium Nasional yang melimpah dengan orang…. kelebihan ramadhan dan juga dikejutkan dengan isu murtad di bulan yang mulia ini.

Aku hanya membuat komen2 di Facebook sahaja termasuklah gambar2 yang aku letakkan di Flickr yang mungkin korang dah tengok.

Sekarang ni pun dah hari ke-22 Ramadhan…. sana sini dah berkumandang lagu raya dan page2 di Facebook pun dah mula bermood raya… bagi aku pula tahun ni Alhamdulillah takde la aku excited sangat nak raya sampai lupa fadhilat dan kelebihan ramadhan yang seharusnya kita utamakan… persiapan pun ala kadar je… cuma untuk Naim je yang memang aku dan isteri dah siapkan awal2… Aku memohon pada Allah semoga ramadhan aku sekeluarga pada tahun ni dilimpahi keberkatan dan diredhai olehNya dan menjadikan kami dikalangan hambaNya yang bertaqwa..

Alhamdulillah.. pada tahun ni juga aku lihat wall di FB semakin banyak kawan2 yang berkongsi tentang kebaikan beramal dan fadhilat Ramadhan. Semoga ini dapat diteruskan dan kita gunakan FB untuk kebaikan dan bukan sebaliknya. Ucapan-ucapan dan ecard Raya juga dah mula kelihatan walaupun belum semeriah tahun2 lepas… mungkin sebab ramai yang masih bermood Ramadhan dan mengingatkan tentang kelebihan ramadhan yang membuatkan masih ada yang malu2 untuk beraya sebelum masanya…

Sebut pasal raya.. tahun ni adalah giliran untuk balik Johor (kampung aku…).. plan asal mmg terus balik Johor. Takde balik kampung wife tapi setelah wife aku bertanya sama ada untuk balik Terengganu dulu ke tak.. aku rasa maybe kena tukar plan sikit untuk balik Ganu sebelum ke Johor… Memandangkan Hari Raya pun mungkin jatuh pada hari Selasa (tengah minggu)… so bolehlah aku pertimbangkan untuk balik Terengganu dulu… lagipun Naim boleh juga berjumpa dengan Tok, Ki, Mak Long, Ayah Da dan sepupu2nya dulu..

OK… cukup dulu untuk kali ni… ingat pesan aku… ramadhan masih belum habis lagi dan rebutlah peluang 10 hari terakhir ini sebaiknya… jangan sampai mood raya yang terlampau membuatkan kita leka dan menyambut raya sebelum masanya dan ‘membuang ramadhan’ ketika kita belum pasti sama ada ramadhan ini adalah yang terakhir buat kita…

Salam.


Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *