Pra-Olimpik : Malaysia 2-1 Lubnan

Malaysia vs Lubnan

Alhamdulillah… Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 selepas ‘berhempas pulas’ menahan asakan Lubnan terutamanya dalam masa 40-minit terakhir selepas hanya bermain 10 orang akibat Gary Steven dilayangkan kad merah..

Seperti biasa, aku berada di stadium untuk meraikan kemenangan Harimau Malaya Muda pada tanggal 23 June tersebut.  Walaupun penyokong tidak seramai ketika Piala AFF lalu, boleh dikatakan suasana amat gamat sekali dengan kehadiran lebih kurang 10,800 orang penyokong setia.

Malaysia yang mendahului Lubanan seawal minit ke-8 melalui Irfan Fazail telah menggamatkan lagi atmosfera penyokong Harimau Muda ini yang dahagakan kejayaan untuk layak ke Sukan Olimpik – walaupun ianya masih berliku.   Dengan kemenangan ke atas Lubnan ini, Malaysia kini berada di kalangan 12 pasukan terbaik Asia untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di mana 12 pasukan ini akan dibahagikan kepada 3 kumpulan dan juara kumpulan akan terus layak ke Olimpik dan pasukan ditempat kedua akan bermain play-off untuk menentukan pemenang dan seterusnya melalui satu lagi play-off dengan pasukan Afrika (CAF) untuk menentukan slot tambahan pasukan yang layak ke Olimpik.

Undian untuk pusingan ketiga ini akan diadakan di AFC House, KL pada 7 Julai depan dan semoga Harimau Muda akan dapat melakukan kejutan ke atas gergasi asia seperti Jepun, Korea, Australia serta pasukan hebat lain seperti Iraq dalam merebut slot tersebut.  Walaupun setiap rakyat Malaysia pastinya mengharapkan Malaysia layak ke Olimpik.. termasuklah diri aku.. namu secara peribadinya dan realistiknya aku anggap pencapaian sekarang sudahpun mencapai matlamat awal tetapi ini tidak bermaksud Harimau Muda boleh berpuashati – teruskan perjuangan anda kerana kami akan sentiasa berada di belakang anda untuk sama-sama berjuang… Semoga rakyat Malaysia akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil selepas ini untuk terus memberikan keyakinan kepada harapan negara ini dan seterusnya mencipta satu lagi kejutan untuk layak ke Olimpik 2012.

Jom layan sedikit ‘gambar malas’ aku (hanya diambil dari tempat aku berdiri je) pada malam bersejarah tersebut..

Penyokong Harimau Muda Golllll...... Gollllllll..... Di bawah Jalur Gemilang DSC02248 DSC02235 DSC02224 DSC02259 DSC02256 UM - Show No Mercy

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *