Jom tengok Malaysia vs Arsenal..

- Tiket perlawanan termurah.. RM58. Free Training Pass mungkin sebab aku antara pembeli yang terawal. -

Hohoho…. tiket dah beli.. skrg tinggal tunggu je 13 July 2011… untuk menyaksikan Harimau Malaya menentang the Gunners.. live tengok Fabregas, Van Persie & Co. di ‘perkenalkan’ dengan harimau-harimau Malaysia aka Harimau Malaya…

Walaupun aku memang peminat Arsenal, aku akan tetap ke stadium dgn warna Harimau Malaya dan nak tengok player kita memberi tentangan kepada player yang gaji berpuluh kali ganda dari diaorang!!..

Tahun 2009 menyaksikan bagaimana MU nyaris dimalukan Malaysia… time tu aku adalah salah seorang yg bangga memakai jersi Harimau Malaya diantara beberapa orang sahaja dan dikelilingi oleh berpuluh ribu anak Malaysia yang bangga menyarung jersi Setan Merah tersebut.. dan ketika itu.. Malaysia belum lagi menjadi juara Sukan SEA & AFF… so apa yang aku dengar hanyalah kutukan-kutukan mereka yang ‘tak sedar diri’ terhadap pasukan negara.. namun aku serta mereka-mereka yang lain yang majoritinya dari kalangan HarimauMalaya.com tetap berada di belakang pasukan negara… sehinggalah kini.. di mana bolehlah dilihat semakin ramai yang berbangga menyarung warna Harimau Malaya..

Walaupun ini hanyalah perlawanan pertunjukan, aku yakin pemain-pemain yang dipilih nanti akan dapat menimba pengalaman beraksi dengan pemain bola antara yang terbaik di dunia…

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *