Naim dah pandai berenang..

Setelah beberapa kali ajar Naim berenang, akhirnya dia dah mula berani untuk berenang seorang diri di pool yg dalam… Nak tunggu sampai tahap dia confident pun bukan senang.. kena sedikit sabar sebelum sampai tahap ni.  Pada yang baru nak ajar baby berenang jangan terus paksa anak korang kalau diaorang takut.. ada teknik dia.. dan kena ikut step by step.. kalau terus paksa masa diaorng ni masih takut hanya akan buat diaorng terus takut..

embedded by Embedded Video

Kadang2 tu bila aku biarkan Naim swim sorang2 ada parents yang aku tengok cuba paksa2 anak diaorg berenang sendiri sedangkan anak diaorang takut lagi walaupun mandi kat wading pool (yg tak dalam utk kanak2 tu)…  Kadang2 aku dengar parents ni cakap tengok kat baby tu (Naim).. berani je..   Itu bukan caranya… peringkat awal untuk bagi baby ni confident, korang kena pegang dia di bahagian rusuk dengan tangan di bawah ketiak sambil mengadap dia… sambil tu korang jalan ke belakang supaya pergerakan baby tu ke arah depan dan suruh kaki diaorang lurus ke belakang.. ini akan ambil masa beberepa lama supaya baby tu biasa dan confident sebelum terus ke next step..

DSC01280 DSC01276 DSC01274 DSC01273

Untuk korang belajar lebih jelas lagi bolehlah check kat internet atau lebih mudah search “Teach Infant Swim” di Youtube.  Kalau nak lagi mudah.. pergi je kelas renang.

Bagi aku berenang ni sangat penting sebab kita tak tau bila anak kita akan terjatuh ke dalam air yang kadangkala2 boleh membahayakan akibat lemas..


Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *