Berjimba2 di Universal Studios Singapore (USS)

Cepat betul masa berlalu… sekejap je dah hampir seminggu aku pergi bercuti & berjimba2 (pinjam perkataan geng lain) di Universal Studio Singapore (USS) bersama family & geng2 ex-schoolmate STK aku..

Program bermula pada hari Ahad 13 Mac di mana kami semua check-in di Naza Tallya Hotel, Johor Bahru. Sebab apa pilih hotel ni?? Sebabnya.. kitaorg dapat rate special… Thanks to one of our trip member, Kila for arranging everything!! Satu bilik dapat save dalam RM40-80 aku rasa… boleh la buat makan kat USS nanti.
Naza Tallya JB

Malam tu ramai-ramai kitaorg dinner kat Banafe Village… aku tak sure kat area mana yg kawan aku bawak tu.. tapi makanan dia memang ok.. environment best..ada live band lagi.. cuma harga sedikit ‘premium’.. tapi all in all.. aku rasa puashati… cuma satu nasihat aku kalau korang makan kat situ…. jangan order M size kalau setakat 3 orang makan sebab boleh tahan besar pinggan dia.. sampai aku terpaksa tapau 1 lauk sebab tak larat nak habiskan…

DSC00703 DSC00778 Breakfast @ Naza Tallya DSC00815 DSC00804

Esoknya, 14 Mac pagi-pagi hari lagi kitaorang dah bersiap untuk bergerak ke USS. Breakfast seawal 7am dan menunggu bas sampai dalam pukul 8am. Lebih kurang 8.30am semua dah bersiap sedia untuk berangkat ke Singapore.. Lihatlah aksi-aksi budak-budak, mak budak dan bapak2 budak kat bawah ni..

DSC00855 DSC00836 DSC00867 DSC00883 DSC00916 DSC00952 DSC00990 DSC00938 DSC00945 DSC00902 DSC01016 DSC01066 Special Effect Studio at New York New York Studio DSC01040 DSC01090 USS

Cukuplah tu je gambar-gambar yang aku nak kongsi… kalo nak ikutkan masa dari 10am hingga 7pm yang diberikan amat padat kalau nak melawat semua attraction dalam USS ni terutamanya masa cuti sekolah. Masa beratur je ada yang sampai sejam terutamanya di Shrek 4D & Revenge of the Mummy… So aku cadangkan kalau korang nak pergi better bukan waktu cuti sekolah atau ambil express pass (tambahan S$30 lagi tak silap) supaya korang tak perlu beratur yang boleh buat kaki korang rasa macam nak tercabut… Lagi satu, kalau korang bawak budak kecil atau baby… korang bolehlah bawak stroller sendiri atau sewa dari USS.. masa aku pegi ni aku tak tau boleh sewa so aku bawak sendirik je.. so rate sewa tu korang boleh check.. ada juga disediakan kenderaan (macam buggy kecik) yang boleh digunakan oleh OKU atau warga emas yang nak turut serta melawat USS ni.

Apa yang aku boleh simpulkan.. it is very fun… dan memandangkan anak aku masih belum cukup tinggi 122cm (untuk boleh naik bot di Jurassic Park tu)… aku akan datang lagi supaya boleh naik semua yang ada kat situ….

Related Posts with Thumbnails

2 thoughts on “Berjimba2 di Universal Studios Singapore (USS)

  1. Salam.
    kami ambik pakej. bas dtg di hotel dan bawak ke USS pagi tu dan petang (actually smpai dlm kul 8 mlm) balik smula ke hotel..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *