March 8, 2011 | In: Family, Naim

Kasut Special Naim..

DSC00614
Baru je dapatkan Naim kasut khas untuk dia selepas lebih kurang 2 bulan disyorkan oleh hospital.  Tapi kasut kat atas ni bukannya aku beli di Jalan TAR seperti yang disyorkan tetapi di pusat pakar Ortotik di Taman Midah, Cheras iaitu MyOrtho.

Kisahnya bermula camni..last week aku pergi Teh Lin (pakar ortodentics & prosthetic) kat Ampang selepas direfer oleh kedai kasut Jalan TAR tu dan diaorng kata Naim perlukan Ankle-Foot Orthosis (AFO).. yang harganya lebih kurang RM1,300.  Mak aiiii.. mahalnyee…  so aku pun cuba cari alternatif tempat lain kat internet dan jumpa lak MyOrtho kat Taman Midah, Cheras.  Masa telefon tu dia kata tak semahal tu.. so aku pun buat appointment Ahad lepas. Masa pergi.. pakar tu kata kaki Naim tak berapa serius dan belum perlukan AFO… mungkin boleh cuba dgn kasut special tu dulu… lepas dia explain sikit itu ini…bla..bla..bla.. aku pun kata ok la.. kita try..


then mula la sesi cuba mencuba dari saiz besar hingga ke saiz yang besar sikit dari kaki Naim.. pakar tu kata biar besar sikit so nnti bolehlah pakai lama.. tapi dia bagi saiz yg besar tak hengatt.. ada ke sampai dekat 1 inci lebih dari kaki Naim.. dah nampak macam kasut pinjam la pulak… so aku mintak saiz yg kecil sikit…

lepas tu bila puashati semua.. ok lah.. time untuk membayar…. sambil menjeling2 kat computer cashier tu nampak RM700.. mak aiiii…. kalau camni kalah 5 pasang kasut Nike Naim…  tapi nak tak nak… kena la beli jugak.. sebab dah sarung kat kaki naim dan kasut ni ada ‘fungsi’ untuk membetulkan kaki Naim yg special tu.. mudah-mudahan ada lah improvement.. Buat masa ini Naim sudah mula berjalan tetapi postur tidak tegak kerana sedikit masalah di bahagian ‘arch’ (lengkungan) yang mana menyebabkan kakinya ‘flat-footed’ dan ankle yang tidak berada pada kedudukan betul.

Kepada sesapa yang mungkin mempunyai masalah kaki (flat footed, etc) – aku pun tak reti nak cerita dan memerlukan special care mungkin boleh consider mencari tempat2 seperti ni.


DSC00607 DSC00609 DSC00608 DSC00613

 

Related Posts with Thumbnails

6 Responses to Kasut Special Naim..

Avatar

mariana

June 11th, 2011 at 6:38 pm

assalamuaikum…anak i pun ada problem dgn kaki dia…dia jalan jangket (on toes) …sekarang sedang buat phisio..nak tanya the dr that you see and the address of the shop myotho…

Avatar

Mohd Khairul

June 11th, 2011 at 7:10 pm

W’Salam Mariana,
Address MyOrtho..
No. 13, Jln Midah Timor, Taman Midah, Cheras, KL
website: http://www.myortho.com.my

Avatar

ibuani

August 22nd, 2011 at 5:20 pm

salam.. baru balik tempah kasut for my doter kat jln TAR.. hmmm nampak anak u punyer sgt menarik… nanti nak try tgk kat tmpt u beli pulak… ;)

Avatar

Mohd Khairul

August 22nd, 2011 at 9:51 pm

Salam ibuani,
kedai kat jln TAR tu untuk basic need kira ok la tp special need perlu pegi tempat2 yg specialize mcm ni.. cost pun boleh tahan la.. tp kalau mampu dan ada budget better pegi tempat yg mmg complete dan certified.. selain myOrtho ni sebenarnya ada byk lagi kedai mcm ni.. myb kalau u search lagi boleh jumpa kot.. antaranya GoodFeet Corporation..
Akhir kata selamat menyambut Hari Lebaran… Terima kasih kerana sudi singgah di sini dan semoga anak u semakin sihat..

p/s anak u ada masalah apa ye? sama dgn naim ke?

Avatar

aiza

October 20th, 2011 at 3:35 pm

As Salam en Khairul,

Anak saya pon mengalami masalah kaki… agak2 kat MyOrtho tu ada x kasut untuk kaki yg pendek sebelah…? skrg ni dia jln dencut la..
dulu ada buat rawatan, tp separuh jalan… masa tu anak saya baru umur 2 tahun…. so skrg ni saya ingat nak buat rawatan untuk dia. saya nak cuba cara ni dulu. mana la tahu kan… dengan izin Allah

Avatar

Mohd Khairul

October 20th, 2011 at 4:22 pm

Salam Aiza,
Kaki pendek sebelah saya rasa merupakan antara masalah biasa yang dirawat di pusat-pusat ortotik seperti MyOrtho.

Saya syorkan Aiza kembali semula dapatkan rawatan untuk anak kerana menurut pakar, jika tidak dibetulkan kedudukan kaki yang pendek sebelah lama kelamaan akan memberi kesan pada pinggang anak dan juga tulang belakang.

Selain dari MyOrtho, mungkn boleh tgk pusat ortotik di tempat lain sebagai alternatif. Harap dapat berkongsi di sini apabila sudah mendapatkan rawatan untuk anak nanti serta kesannya.

Comment Form

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes