Malaysia vs Pakistan – 23 Feb 2011

Baru skrg ada masa nak post pasal aktiviti ke stadium semalam bersama-sama Ultras Malaya (UM) sokong Harimau Malaya menentang Pakistan.  Nampaknya dari semasa ke semasa semakin ramai yang bersama-sama dengan UM untuk memberikan sokongan berbanding sebelum Malaysia jadi juara AFF.  Kepada yang first time join semalam aku yakin korang pastinya teruja menjadi sebahagian penyokong dan bukan sekadar penonton semalam.

Ketika UM semakin mendapat perhatian yang meluas dari TV sampailah kepada Menteri  terdapat juga segolongan mereka yang cuba dengki dengan perhatian positif yang diberikan ini dan mungkin berasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku.  Ini semakin menjadi-jadi semalam apabila setiap kali UM mahu memberikan sorakan dengan cara tersendiri akan ada ‘Geng Rebana Ubi’ yang tiba-tiba membuat paluan mereka supaya sorakan UM tenggelam.. dan ini  disedari oleh ramai mereka yang menghadiri stadium semalam. Antaranya oleh ‘Anak Memberontak’ yang beliau tulis di blog beliau dan juga pendapat seorang lagi penonton ‘neutral’ tentang UM dan geng rebana ubi ni.

Terpulang pada mereka sampai bila nak macam tu.. yang penting bagi aku bila bersorak bersama UM memang best.. baru rasa pergi stadium dan macam yang aku lihat kat J-League… tak terpikir pun akan dapat rasa suasana mcm tu.. kalau korang tak percaya apa kata next time bila Malaysia main korang join UM…tak payah malu2 sbb majoriti yang join ni pun masing2 kenal kat stadium.. in fact skrg ni pun aku pergi stadium sorang2 je sebelum jumpa member2 baru kat sana…

ok la tu buat masa ni… next game tunggu bulan Mac nanti.. buat masa ni masih tak confirm lagi ada friendly atau tak bulan depan sebab usaha untuk membawa team lain friendly dgn Malaysia masih gagal.  Mungkin team2 ni semakin takut lawan Malaysia kot..

Jom layan gambar dan video semalam….

 

embedded by Embedded Video

Related Posts with Thumbnails

One thought on “Malaysia vs Pakistan – 23 Feb 2011

  1. Bagus, join ramai2. Tapi jgn time Msia je. Ultras team liga super pon ada. Cuma x ramai je lagi. Tunggu korang la nak dtg join. Jgn la syik tunggu dah ramai baru nak join, UM pon dulu start2 berapa kerat je. Ada berani?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *