Acupuncture Naim & Jalan-jalan Tasik Perdana

Hari ni memang hari yang penuh dengan program… program2 yang tergendala sebab balik kampung 2 minggu berturut-turut.  Aku pun dah plan dari semalam program seharian untuk hari ni dan yang paling penting adalah bawak anak aku, Naim pergi buat akupunktur di Hospital Tung Shin dan buat special shoes untuk dia yang tertunda sejak lama.

Hari ni pun Naim pukul 5.30am dah bangun…. mungkin sebab semalam tidur awal lepas buat perangai dan ‘kena sekali’ dgn aku… so dalm pukul 8.30am rumah semua dah siap kemas untuk kitaorang keluar untuk aktivity family..

Lepas breakfast di kedai Tok Umi, Sri Gombak, aku hantar kereta aku untuk ‘maintain’ dan tinggalkan kat situ. Ada 10 kali lagi yang boleh aku maintain dari pakej penjagaan kereta yang aku ambik… takpe la ni citer lain kali.. lepas hantar kereta tu terus naik kereta satu lagi terus ke Hospital Tung Shin, Jalan Pudu.

Hospital Tung Shin - Rawatan Tradisional

Untuk rawatan acupuncture ni, ianya disediakan di bahagian Rawatan Tradisional – ada bangunan khas kat dalam kawasan hospital tu macam dalam gambar ni… Pendaftaran adalah singkat dan untuk acupuncture kalau korang ingin mendapatkan rawatan hanya RM22 (untuk doktor dari China – Professor) dan hanya RM11 untuk doktor tempatan.  Bagi aku harga tak mahal sangat kot dan aku dapatkan yang Prof dari China tu – cuma masalahnya…. cakap semua bahasa dia laa…. sib baik ada transalator.

Seperti biasa hari Sabtu memang ramai orang tapip hari ni Alhamdulillah kitaorang tunggu tak lama sangat.

Kalau korang tak pernah tengok camne orang buat acupunture bolehlah layan gambar-gambar yang aku ambik tadi.

Treatment Room
Kakak Angkat Naim…
Empat jarum di tangan..
..dan lagi empat di kaki…..


embedded by Embedded Video

Lepas je treatment acupuncture, aku bawak Naim ke tempat buat kasut khas kat Jalan TAR.  Tempat ni Hospital yang recommend untuk buat kasut.  Kalau kaki yang bermasalah tu macam flat footed ke, pendek sebelah ke, atau masalah2 lain yang perlukan kasut khas maybe korang boleh tengok kat kedai ni..

Choi Hoong Shoe Enterprise
Pink shoe tu bukan untuk Naim tau.. tu test orang lain punye (pompuan)..

Lepas ni sebenarnya kitaorang pegi ke 2 tempat lain lagi… 1 di Ampang, Teh Lin Prosthetic & Orthodontic – kedai kasut atas ni yang recommend untuk buat full arch support dan lepas tu beli sikit barang di Amway shop kat Wangsa Maju – first time pegi situ.

Highlight of the day…. kitaorang melepak di Taman Tasik Perdana….


Layan KFC dulu...

Playground… layan je laa…
Suka la pulak dia dgn Dino kecik ni.. sampai taknak turun..
ok tak Naim posing?
Berapa puluh tahun la agaknya pokok ni?.. agaknya lebih kurang umur atuk Naim kot..
Anak mama…
A happy family….
Related Posts with Thumbnails

5 thoughts on “Acupuncture Naim & Jalan-jalan Tasik Perdana

  1. Nak tanya, apa treatment lain yang mereka boleh buat? Actually, anak you sakit apa ya.

  2. Salam Normah,
    byk treatment yg ada disana.. lbh kurang mcm hospital biasa cuma yg special nye dia ada hospital khas utk rawatan tradisional… harga pun tak mahal sgt..anak i adalah cerebral palsy right hemiplegia (mild)..

  3. anak sy doktor diagnos mungkin cp right hemipligoa juga…doktor suruh buat MRI tp k.org takut kesan….bolehlah kongsi info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *