Murah sehhh….Kat KL dapat separuh je..

patut aku buat posting ni semalam… tapi sebab baru sampai dari KL dan banyak sangat agenda yang nak dilayan serta malas nak menaip, aku pun simpan sampai pagi ni.. itupun sebenarnya mood nak menulis 50% jek tapi aku kuatkan gak semangat sebab nak share ngan korang… satu benda yang aku beli.. kalau kat KL harga dia memang double…

Tak tau la korang cari benda ni ke tak.. tp wife aku memang nak beli benda ni dah lama dah cuma malas je nak singgah kat kedai di KL tu nak membeli… hati pun tak tergerak nak tengok..  Tapi semalam masa aku on the way balik ke Kluang, aku singga masuk ke Bukit Pasir, Muar.  Planning asal nak bawak anak aku pergi mengurut tapi rupanya Pak Haji tu mengurut hari biasa start pukul 4… aku sampai pukul 11… adusss… lama sehh kalau nak menunggu.. so aku buat keputusan balik je terus ke Kluang.

img: keranasayang.blogspot.com

Keluar dari kawasan rumah Pak Haji tu aku lalu pekan Bukit Pasir dan seperti biasa mata wife aku yang sangat tajam tu ternampak la susunan tilam2 idamannya bersusun kat kedai tepi jalan tu… terus dia tanya nak berhenti ke?… aku pun tak tau macamana boleh la pulak aku terus berhentikan kereta walaupun memang dah banyak kereta parking kat tepi tu.. kena mencilok sikit laa…

then kitaorng cakap2.. kalau kat KL biasa RM70-80.. so mungkin kat sini harga murah sikit kot.. aku dah standby RM50-60.  Tp aku suruh wife aku turun dulu tanye berapa harga (duit tak bagi lagi… hehehe)..aku cakap kalau dapat harga yang aku budget tu boleh la angkat..

Then wife aku pun pegi la tanya… tunggu punya tunggu…dia datang balik dgn muka tersengihhh… dalam hati aku cakap apa hal lak ni .. bila bukak tingkap dia cakap.. “Bang… tiga puluh lima je laaa!”…. huhhh… RM35??… murah gilerr…. so angkat la satu..

On the way bali tu kitaorng boleh gelak2 lagi sembang harga yang dijual kat Bukit Pasir ni ngan harga di KL.. tu baru satu benda… agak2 laa… benda2 lain tu agaknya macam tu la kisahnya kannnn..


Sampai Kluang semua orang kata RM35 memang murah… so kitaorng plan tilam yang dah beli tu nak tinggalkan je… nanti balik ke KL nak singgah lagi Bukit Pasir.. nak beli 2 lagi… bak kata wife aku… senang kalo orang datang rumah ramai2 nanti kalau nak tidur…. bentang je tilam tu…..

Ni gambar tilam tu.. queen size.. aku rasa kalau bawak KL boleh buat bisnes ni….. ada sapa nak order? RM55  – harga yang orang jual online…hahaha….

RM35 je sehhh.....

Related Posts with Thumbnails

4 thoughts on “Murah sehhh….Kat KL dapat separuh je..

  1. assalamualaikum…. saya lin…. sorry terbaca blog nie sbb tgh cari tilam tu sbb nak pakai urgent by tommorrow…. nak share info… kalo nak ler…. tilam nie leh dapat kat shah alam dengan harga yang sama RM35…. sorry….

  2. beb, menda ni murah je…..aku mmg letak depan tv utk budak2 ni melayan…..best part dia tak mcm karpet, senang nak bersihkan even susu tumpah….seminggu sekali kasi jemur, atau nak hantar dobi dlm RM30…..

  3. Sorry la nk mencelah….biar la tuan tanah buat business dia sndiri….
    cari mkn utk diri sendiri….
    jgn la kita menyelit dan promote benda lain…ganggu business tuan tanah jer….
    klu nk promote…buat blog sendiri….
    Maaf yer…. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *