Blog punya pasal… tidur 3am..

Semalam tido lewat lagi sebab meng’adjust’ blog-blog aku.. asyik sangat buat keje sampai akhirnya pukul 3 lebih baru tidur.. Lagipun sebenarnya aku start lewat sebab sebelum tu layan bola.. nasib baik la Arsenal menang… semangat la sikit nak buat keje.

Aku tau sepatutnya aku tak boleh push sangat diri aku walaupun matlamat aku nak capai full time blogger menjelang tahun depan.  Tapi aku rasa kalau aku seronok dengan apa yang aku buat dan tak sampai menahan ngantuk ok kot.. lagipun seminggu sekali je tidur lewat macam ni.. kalau hari2 biasa mmg aku kena disiplin.. lewat2 pun pukul 1am dah kena tidur.

Sekarang ni aku semakin semangat sebab aku tengok visitor dan follower blog aku terutamanya TipsHartanah semakin hari semakin meningkat… so maksudnya… nombor2 income $$ kat Nuffnang & Adsense pun semakin meningkat.. mana tak semangatnya.. betul tak?… aku pun dah buat proper planning supaya blog-blog ini sentiasa diupdate selalu… supaya target aku mencapai unique visitor 5,000 sehari tercapai…

So aku rasa masa tu dan planning ni memang penting… sama macam mana korang kerja.. untuk minggu tersebut sure korang dah plan apa yang akan korang buat atau kena buat…. Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat.. dan untuk blog ni tambah lagi Sabtu & Ahad..  Memang la setiap hari aku spend masa untuk blog-blog ni tapi takde la sampai 8-10 jam..  purata lebih kurang 2 jam je sehari… ok la kan..  yang penting kena word smart.

Since dah cerita pasal blogging ni… just nak share dengan korang yang masih belum install SEO plugin untuk blog korang… better buat sekarang.  Kalau yang guna wordpress blog macam aku ni aku syorkan korang gunakan plugin SEO ULTIMATE (boleh search)… kalau Blogger aku tak pasti macam mana korang buat…  SEO Ultimate memang bagi aku superb.. setting dan function plugin ni betul-betul menaikkan blog TipsHartanah aku.  Mungkin belum sepower blog-blog lain tapi antara keyword atau phrase utama yang aku test, memang blog aku akan appear dalam first page Google… not bad kan?..

So kalau korang belum buat lagi.. better buat sekarang.. pergi ke plugin dan search ‘SEO Ultimate’ dan Install.  Lepas tu pandai-pandai la ye ubat setting tu… boleh tahan jugak la..

Selamat mencuba…

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *