Full Time Blogger! Boleh ke??

Full time blogger…and professional blogger.  Inilah sasaran aku menjelang awal tahun depan.  Bolehkah aku capai? Tu persoalan nombor lapan belas… yang pasti sekarang ni aku dah set matlamat aku menjadi Full Time Professional Blogger.. maksudnya aku kena ada income dari blog-blog aku sebagai ianya adalah profesion aku..

Sebab tu sekarang ni aku tengah mabuk posting kat 3 blog aku.  Kalau kroang yang tak tau lagi 3 blog aku adalah Tipshartanah, GDIxpress dan tentunya blog ni la…  Sekarang ni secara purata aku membuat 2-3 posting sehari dan tentunya aku harus juga pastikan posting tersebut haruslah berkualiti.

Sebelum tu bagi korang yang tak pernah tahu pasal apa benda tu blogger korang boleh check definition di Wiki di sini.. tapi aku tak jumpa pulak definition untuk professional blogger!  So secara mudahnya aku leh buat definisi sendiri professional blogger adalah mereka yang menjadikan blogger sebagai profesion mereka untuk memperolehi pendapatan… Boleh??

Di Malaysia professional blogger ini semakin ramai dan terus berkembang.  Ada yang memperolehi pendapatan berpuluh ribu dan antara yang popular adalah RedMummy yang pendapatannya mencecah RM40,000 – mungkin sekarang lebih lagi.  Kalau setakat income RM1,000-2,000 sebulan dari blog ni aku rasa pun dah bersepah…  dan korang tau tak?… ramai antara mereka ni sangat muda dan ada yang masih belajar lagi.  So kalau part-time pun income dah ada RM2K.. camne la diaorng nak start keje nanti kalau company offer RM1,800 je eh.. tapi takpe la.. tu pun dah nama part-time income kan?? lagipun kerja ni memang bagus.. banyak experience boleh dapat.

Bagi aku… blog-blog hebat seperti RedMummy, Saifulsham dan banyak lagi memang betul-betul memberikan inspirasi untuk aku berjaya.  Kalau diaorng boleh dapat puluh-puluh ribu… kenapa aku tak boleh? Betul tak? Pokoknya.. terus usaha untuk belajar dan mencari ilmu.. Insya’Allah akan bertemu jalannya…

Aku rasa itulah dulu untuk posting kali ni.. just untuk kekalkan semangat aku yang membara ni…  dan semoga ia terus membara sehingga aku berjaya mencapai matlamat aku menjadi PROFESSIONAL BLOGGER…

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *