January 3, 2011 | In: Latest, macam-macam

Harimau Malaya atau Harimau Malaysia??

Aku pelik la sekarang ni… tiba2 pulak benda ni jadik isu bila team bola Malaysia dah menang… selama ni ada ke korang yg banyak komplen nak tukar nama Harimau Malaya ni ambik tahu?.. ada ke korang tau selama ni kitaorang yg pegi stadium ni panggil nama Harimau Malaya (dan juga Ultras malaya) beri sokongan padu untuk team HARIMAU MALAYA kita?  ni tiba2 plak korang ni muncul suruh tukar nama ke Harimau Malaysia… ishhhh….

Dari apa yang aku baca komen2 ni banyaknya datang dari mereka dari Sabah & Sarawak yang merasakan mereka bukan sebahagian dari Harimau Malaya apabila nama tersebut digunakan, itulah sebabnya mereka yang kuat mahukan nama tersebut ditukar kepada Harimau Malaysia…

Bagi aku biarlah nama Harimau Malaya ni dikekalkan sebab ianya unik dan merupakan satu ‘gelaran’ yang telah digunakan sejak dulu lagi.  Selain itu bagi mereka yang masih tak tahu.. nama ini diambil sempena nama harimau iaitu ‘Harimau Malaya’ (Malayan Tiger) atau nama saintifiknya Panthera Tigris Jacksoni/Panthera Tigris Malayensis.  Jadi jelas sekali jika kita mengambil gelaran ini dari nama harimau ini, atas sifat keberaniannya… maka kita tidak boleh menukarnya kepada Harimau Malaysia…. kerana Harimau Malaysia tidak wujud!..

Ketika aku menulis posting ni juga ada seorang pemanggil yang menghubungi rancangan Imbasan Sukan 2010 yang mahukan penggunaan nama Harimau Malaysia – teka dari mana pemanggil tersebut?? Ya..betul!… beliau adalah dari Sabah.  Aku harap lepas ni orang2 yang mahuka perubahan nama ni faham sebab apa nama Harimau Malaya digunakan dan bukan Harimau Malaysia… kalau mereka rasa bagus sangat dan tiba2 je rasa penyokong tegar pasukan Harimau Malaya… apa kata datang ke stadium bila pasukan Malaysia bermain (match akan datang pada 23 Februari) dan lihat bagaimana kami menyokong dan lihat sama ada kami jerit Malaya atau Malaysia….  sudah tentulah Malaysia.. sebab negara kita Malaysia bukan Malaya!… cumanya Harimau Malaya adalah gelaran seperti yang aku nyatakan di atas..


(sumber: http://www.itsnature.org)

Ni gambar ‘Malayan Tiger’ yang aku sebutkan… sub-species kepada Sumatran Tiger dan hanya ditemui di Semenanjung Malaya Malaysia.  Untuk bacaan lanjut korang boleh baca di http://www.itsnature.org/ground/mammals-land/malayan-tiger/ atau di http://species.wikimedia.org/wiki/Panthera_tigris_jacksoni (boleh baca jugak kenapa dipanggil Panthera Tigris Jacksoni).

So kesimpulannnya.. bagi aku.. Harimau Malaya harus kekal…. dan tidak perlu ditukar kepada Harimau Malaysia… kerana simbol ini juga digunakan oleh banyak pihak termasuklah kerajaan, polis, Maybank, Proton dan FAM dan ianya bukanlah Harimau Malaysia tetapi HARIMAU MALAYA... aummmmm….

Related Posts with Thumbnails

Comment Form

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes