Selamat Tahun baru 2011!

Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua yang sampai ke blog ni dan juga kepada semua yang kenal aku..

tahun baru bermakna usia aku juga semakin meningkat… dan begitu juga dengan blog ini… Oleh itu aku dah buat keputusan (kira salah satu azam tahun baru jugak laa..) nak buat total revamp pada blog aku ni… bukan pada theme blog ini tetapi kepada content blog ini… sebab aku rasa blog aku ni lebih kurang macam hidup segam mati tak mampu (huhhh… power punya ayat cakap kat diri sendiri!)…

Bermula pada tahun 2011 ini juga aku akan menggunakan blog aku ni untuk membuat posting yang lebih kerap (kalau boleh setiap hari…) dan ianya juga tidak akan lebih tertumpu kepada online bisnes yang aku lakukan tetapi kepada setiap perkara yang aku suka dan aku lakukan dan ingin share kepada korang… sebab OBJEKTIF aku untuk blog ini sekarang adalah untuk SHARING (bukan ke sharing is caring, kan?) dan sambil2 jana $$$ dari sponsor ads di blog ni..

OK… what’s next?? what’s big in my plan for 2011?

Firstly, untuk online bisnes aku…. aku akan lakukan major restructuring… dan streamlining… aku akan stop/bagi less focus pada yg kurang memberangsangkan dan fokus hanya pada yang utama…. kepada anda yang berada dalam networking aku… nantikan makluman dari aku tentang apa yang akan aku fokus nanti…

Ini seterusnya juga akan membawa kepada aku memberi lebih fokus kepada satu yang baru iaitu – 1-1 mentoring for beginner yang nak belajar setup wordpress blog sambil buat income dengan modal serendah USD10 sahaja… ¬†aku juga akan share tentang buat duit dari blogging dan juga perkara lain seperti hartanah dan juga pelaburan.

Akhir kata, semoga tahun 2011 membawa lebih banyak kebaikan kepada kita semua…. semoga pengalaman 2010 menjadikan kita lebih baik untuk tahun ini..

Selamat Tahun Baru…

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *