Bayar Adwords dengan FPX Payment

Hohoho… berita terbaru (aku tak sure berapa baru.. tapi baru perasan..)  sekarang ni sesiapa yang takde kad kredit atau kad debit tidak perlu risau lagi kalau nak gunakan marketing campaign Google Adwords.   Ini kerana Google dah accept cara pembayaran melalui internet banking iaitu dengan menggunakan FPX Payment (MEPS online payment) yang mana anda tak perlu lagi susah2 nak kena ada kad kredit atau debit. Lihat kat bawah ni..

Aku harap dengan adanya kemudahan ni ramai la lagi downline-downline aku yang takde masalah nak setup Adwords ni sebab sebelum ni macam-macam masalah pasal takde card credit timbul untuk nak buat payment kat google.

Tapi sebelum tu.. sebelum anda boleh menggunakan cara ini untuk membuat pembayaran, syarat utamanya adalah akaun Adwords anda mestilah mempunyai alamat di MALAYSIA dan juga default currency telah disetkan kepada Malaysian Ringgit (MYR) semasa anda create akaun.  Ini adalah WAJIB.

Untuk memilih cara pembayaran melalui FPX ni, pergi ke ‘Billing Preferences’, kemudian pilih ‘Malaysia’ dan pilih cara pembayaran melalui PREPAY (BUKAN POSTPAY).. sekiranya anda memilih PostPay, Option untuk membuat pembayaran melalui FPX ini tidak akan keluar tetapi hanya ‘Credit Card’. 

Kalau anda dah pilih PREPAY tapi takde option FPX Payment ni, besar kemungkinan anda tidak memilih MYR (Malaysia Ringgit) semasa anda create akaun Adwords anda.  So, kena la anda create akaun baru dengan memilih MYR kalau ini berlaku.

Kalau tiada masalah tersebut, maka bolehlah anda teruskan pendaftaran dan memilih FPX Payment sebagai cara pembayaran. Dan bila dah selesai semua klik ‘Save and Activate’.

6 bank yang diterima untuk penggunaan FPX Payment ini adalah:
 1) CIMB (CIMB Clicks & CIMB Biz Channel)
 2) Maybank (Maybank2u & Maybank2e)
 3) Hong Leong Bank
 4) Public Bank
 5) Bank Islam
 6) RHB Bank

Bank-bank lain buat masa ini tidak diterima lagi.. mungkin pada masa akan datang kot.. bila ada nanti aku akan update kat sini..

*For details explanation in ENGLISH. Click Here.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *