No more Acme People Search.. Vemma will follow soon..

Huhh… susah jugak nak buat keputusan kadangkala.. tapi keputusan perlu dibuat untuk kebaikan!

Setelah 2 bulan bersama bisnes Acme People Search (APS) aku telah membuat keputusan untuk memberhentikan sementara langganan bulanan dengan APS ni.  Ini adalah setelah aku membuat sedikit penilaian berdasarkan prestasi dan respons yang aku terima terhadap APS ni.  Nak buat macamana ye tak?  Sekarang ni aku sedang membahagikan fokus terhadap bisnes-bisnes online aku dan mana2 yang tidak memberikan pulangan +ve atau tidak menunjukkan prestasi yang baik, aku perlu mengambil tindakan yang sewajarnya kerana setiap bulan adalah DUIT!!  Untuk APS sahaja, aku telah memperuntukkan sebanyak US29.95 (~RM102) sebulan.  Ini adalah tidak termasuk kos marketing – diantara RM100-150 sebulan.

Dan sehingga kini, aku hanya memperolehi beberapa leads TRIAL dan tiada yang upgrade.  Walaupun aku menerima sedikit komisen, tetapi itu belum cukup untuk menjustifikasikan aku terus kekal sebagai PAID MEMBER acme People Search.

Walau bagaimanapun ini tidak bermakna search engine People Search aku (www.mohdkhairul.ws) terus tutup.  Tissa membenarkan aku untuk terus menggunakannya secara percuma, cuma komisen yang akan aku dapat sebagai ahli percuma adalah jauh lebih rendah dan sukar untuk aku claim.

Bagi aku APS sememangnya ada potensi untuk dilakukan tetapi ia sebenarnya merupakan suatu platform marketing yang mempromosi affiliate program yang lain.  Ini bermakna untuk seseorang itu perlu menyertai program affiliate lain seperti GDI atau GVO untuk membolehkan mereka mendapat kelebihan APS dan di dalam masa yang sama mempunyai hosting dan domain yang boleh digunakan untuk search engine APS.

Buat masa ni aku meletakkan komitmen yang tinggi kepada 2 program affiliate lain iaitu GDI dan GVO.  Ini kerana GDI sememangnya merupakan program affiliate aku yang paling cepat berkembang sekarang ni dan bagi GVO pulak, aku nampak potensi yang sangat besar di dalamnya – akan dimulakan sebagai projek akan datang aku secara besar-besaran setelah GDI aku stabil dan memberikan income yang lumayan.

Oleh itu sekarang ni APS akan diteruskan sebagai program FREE yang aku sertai dan digunakan sebagai salah satu marketing tools aku untuk GDI dan GVO. Ini bermakna pasif side income – kalau dapat income dari sini Alhamdulillah.  Setakat ni pun aku dah ada US128 di dalam akaun APS aku yang mana Tissa masih membenarkan aku untuk terus mengumpulnya dan boleh dikeluarkan setelah cukujumlah minimum iaitu US200.

Kalau korang nak baca pasal APS ni boleh baca Di SINI.

So what’s next?

Macam aku tulis kat subjek posting ni.. Vemma akan menerima ‘nasib’ yang sama dengan APS ni kerana setelah 5 bulan menyertai dengan kos bulanan lebih kurang RM500-600, aku memang tidak berpuashati terhadap hasil yang aku perolehi.  Aku sendiri tak pasti mana yang silap.. marketing dah buat, followup dah buat.. tapi conversion rate dari prospek ke paid member teramatlah rendah sekali.. dan salah satu faktor yang aku rasa menjadi punca adalah kos bulanan yang tinggi bagi kebanyakan orang.  Nantikan posting aku mengenai Vemma setelah aku melakukan ‘tindakan’ tersebut.

Sehingga kini.. GDI adalah top priority aku.. lawati laman web GDI aku kalau nak tahu macamana income aku berkembang dari bulan ke bulan.. hanya dengan modal US10 (~RM35) sebulan. Lawati www.KelabGDI.com.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *