Review.. my online biz progress..

Online Bisnes ReviewOklah.. rasanye dah 2 bulan lebih since aku start blog ni.  dan dari awal2 lagi pun dah aku mentioned tujuannya adalah untuk diri aku sendiri mengukur tahap perkembangan a.k.a progress yang ada bagi SEMUA projek online aku..

Memang memeningkan jugak memandangkan sorang diri nak handle semua.. tapi sebenarnya bila aku sitdown… rancang elok2.. memang boleh dibuat dengan baik.

Antara projek online aku…

  1. 1. TipsHartanah – (www.tipshartanah.com). Ini adalah projek pertama aku since 2006 – pasal hartanah Malaysia dalam BM.  Website dan blog pun dah berubah berapa kali.. tapi masalahnya since aku tutup main page untuk redesign…. sampai sekarang still tak siap2 website ni sebab priority dah lari ke projek lain.. anyway blog TipsHartanah (www.tipshartanah.com/blog) still up and running.  Cumanya posting adalah teramat kurang sekali aku update..
    Walau bagaimanapun sales untuk ebook still ada cuma kurang memberangsangkan…. soalan-soalan dari customer pun banyak termasuklah yang tanya bila nak siap website ni.
    Target: Website baru aku jangkakan akan disiapkan menjelang Februari 2010 (woooo.. lama lagi tu!!). Nak buat camana kan.. skrg ni memang ada banyak sangat komitmen dan kena bagi ikut priority. TipsHartanah juga akan dibina semula sebagai web bisnes (corporate) aku untuk TH MANAGEMENT SERVICES yang mana akan mempromosikan khidmat nasihat  pengurusan berkaitan hartanah termasuklah urusan jual beli, penilaian,  pengambilan balik tanah dan lain-lain berkaitan hartanah.  Untuk online income berkaitan hartanah ni, aku akan design (di dalam pembinaan sekarang ni) website berasaskan keahlian (membership) yang dikenali sebagai myTipsHartanah.  Ebook ketiga dijangkan dilancarkan pada bulan Mac 2010.
  2. 2. MyTipsHartanah – (Under construction). Ini bukanlah projek baru sebenarnya.  Dah lama aku beli domain ni cumanya websitenye tak siap2 lagi.  Sekarang ni banyak masa aku peruntukkan untuk launch website ni.  MyTipsHartanah adalah laman web komuniti ekslusif yang memberikan maklumat, tips dan pelbagai info berkaitan hartanah di satu tempat termasuklah Panduan Jual Beli, Lelong, Berita Semasa, Pembiayaan, Pengiraan Pinjaman, Lelongan Semasa, Review Hartanah Untuk Dijual & Dibeli, Ebook dan juga peluang menjana pendapatan melalui affiliate program myTipsHartanah.
    Target: Pre-Launch pada Januari 2010.
  3. 3. Vemma – (www.vemma.com & www.kelabjutawan.com). Ini adalah program affiliate pertama yang aku join since bulan August tahun ni.  Income dari Vemma buat masa ni tak memberangsangkan..  Masih di bawah kos setiap bulan iaitu ~RM600 sebulan untuk produk Vemma, sistem Vemmabuilder dan juga marketing yang aku jalankan.  Di dalam pertimbangan untuk tidak meneruskan Vemma jika berterusan begini dalam masa 2-3 bulan akan datang.
    Target: Teruskan bisnes ni kalau dapat cover modal dalam 2-3 bulan akan datang.  Kalau tak… hai2…bye2. :-(
  4. 4. Global Domain International (GDI) – (www.website.ws & www.kelabgdi.com). Ini adalah program affiliate kedua yang aku join pada bulan September.  GDI adalah program affiliate yang menyewakan Domain dan webhosting pada hanya US$10 (~RM35) sebulan.  Kos yang amat murah dan boleh disertai oleh kebanyakan orang untuk ada website sendiri dan di dalam masa yang sama boleh buat duit.  GDI memang best!! Dalam bulan pertama sahaja aku dah dapat cover balik modal aku iaitu US$10 sebulan dan untuk bulan2 seterusnya aku dah tak perlu bayar lagi untuk modal bisnes ni. Best kan? Tak pernah sebelum ni aku buat bisnes online bulan pertama je dan bulan-bulan seterusnya dah boleh start buat untung.  Memang bisnes lain pun pernah buat untung dalam bulan pertama tapi dalam GDI ni income dia terus berkembang dan buka turun naik sampai kadang2 zero seperti MLM lain.  Aku dah ada perancangan lanjut untuk GDI ni menjadi lebih besar dan untuk ahli-ahli Kelab GDI juga turut berjaya di dalam bisnes ni.  Nak tau lebih lanjut mengenai GDI, lawati www.KelabGDI.com.
    Target: Tambah laman web promosi.  Target income min. RM5K dalam masa setahun.
  5. 5. Acme People Search (APS) – (www.acme-people-search.com). Program affiliate ni memang menarik kerana ia boleh membina downline GDI dan GVO serta memberikan income dari 6 program affiliate yang lain (8 income dalam satu program).  Tapi buat masa ni APS belum lagi mencapai threshold commision (US$200) yang aku boleh withdraw.  Kos bulanan adalah US$29.95 (~RM102) sebulan.  Baca mengenai Founder APS yang menjana US$2.2 juta setahun melalui program affiliate Di Sini atau Preview website Acme People Search (APS) dalam Bahasa Malaysia Di Sini.
    Target: Launch website BM pada bulan Januari 2010.
  6. 6. Global Virtual Opportunities (GVO) – (www.gogvo.com).  Ini adalah program affiliate terbaru yang aku join.  Buat masa ni belum lagi aku letak full commitment untuk marketing GVO.  Sebab aku join GVO ni pun sebenarnya kerana banyak manfaaat dan penjimatan yang aku dapat daripada GVO ni.  Aku boleh jimat ratusan ringgit melalui GVO berbanding jika aku menggunakan program-program berasingan lain  (seperti autoresponder, video hosting, webhosting reseller dan banyak lagi) untuk menjalankan bisnes internet aku.  So walaupun aku tak buat untung lagi dari GVO, tapi aku sebenarnya dapat banyak faedah daripadanya.  Aku syorkan GVO untuk mereka yang baru nak start bisnes online secara SERIUS dan tiada masalah modal kerana sebulan korang perlu bayar US$44.95 (~RM155) sebulan.  Ini sebenarnya adalah jauh lebih rendah jika nak bayar berasingang untuk fully-featured webhosting yang siap dengan webhost manager (boleh jual semula), autoresponder, web-conferencing dan macam-macam lagi yang mana senang-senang je boleh capai RM400-500 sebulan.  Kalau berminat, korang boleh test GVO ni hanya pada US$1 untuk 14 hari trial period. Klik kat sini untuk register.
    Target: Belum ada spesifik.  Laman web BM akan dilancarkan. Sponsor 5 orang dalam masa 2 bulan.

OK. itu dulu buat masa ni.. dalam masa 3 bulan lagi aku akan buat review lagi untuk tengok progress aku buat online bisnes ni.. berbaloi atau tak…. tapi memang menyeronokkan.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *