Tip Menulis Artikel Untuk Sebarang Topik Yang Anda Tidak Tahu

Oleh: Zamri Nanyan.

Menulis artikel boleh menjadi satu perkara rutin yang dilakukan oleh usahawan internet. Ini kerana ada sesetengah usahawan internet memberikan penekanan yang khusus kepada menghasilkan banyak artikel untuk menarik banyak trafik (atau pelawat) ke laman web mereka.

Menulis secara berterusan juga boleh mengasah bakat anda untuk menghasilkan penulisan yang lebih bagus dan mempunyai impak yang lebih besar.

Walaubagaimanapun, pada permulaannya, memang agak sukar untuk menulis artikel sekiranya topik yang anda akan bincangkan bukanlah topik yang anda pakar mengenainya.

Cara yang selalu dilakukan ialah dengan membaca artikel atau buku yang berkaitan dengan topik yang hendak ditulis. Kemudian, daripada isi kandungan yang anda baca ini, anda bolehlah buat huraian anda sendiri di dalam ayat dan perkataan yang berlainan daripada sumber asal.

Cara begini memang banyak dilakukan dan juga diajar sejak di bangku sekolah lagi. Jadi, ianya bukanlah lagi perkara baru bagi anda yang telahpun habis persekolahan.

Sumber untuk mendapatkan maklumat juga terbentang luas di dalam internet dan anda cuma perlu gunakan enjin carian seperti Yahoo.com atau Google.com untuk membuat kajiselidik anda sendiri.

Saya pasti cara ini dapat anda praktikkan dalam masa yang singkat, lebih-lebih lagi sekiranya topik yang anda ingin bincangkan adalah topik yang tidak terlalu khusus.

Di samping itu juga, internet memberikan anda banyak lagi kemudahan untuk anda bergiat aktif di dalam penulisan artikel. Perisian yang dicipta oleh pelbagai individu dan syarikat kecil mahupun syarikat besar bukan sahaja membolehkan anda mempercepatkan proses penulisan artikel. Malah, dengan sedikit suntingan, perisian ini mampu menghasilkan artikel yang baik seolah-olah artikel yang anda hasilkan adalah hasil penulisan pakar.

Terdapat beberapa perisian yang banyak digunakan untuk menghasilkan artikel. Saya akan berikan 2 daripadanya dan cara bagaimana ianya digunakan.

1. Instant Article Wizard

Instant Article Wizard merupakan perisian di mana ianya akan mencari ayat-ayat yang berkaitan dengan topik yang ingin anda tulis di internet. Kemudian, perisian ini akan menyenaraikan ayat-ayat tersebut di mana seterusnya anda boleh pilih yang mana satu ingin anda kompilasikan untuk jadikan sebuah artikel.

Ini adalah serupa dengan anda melakukan kajiselidik tentang topik yang anda ingin tulis, tanpa anda perlu membuat carian sendiri secara manual. Langkah seterusnya ialah pastikan anda dapat hasilkan artikel daripada ayat-ayat yang anda perolehi daripada carian yang dilakukan oleh Instant Article Wizard.

Sekarang, artikel anda sudahpun tersedia untuk anda lakukan suntingan.

Instant Article Wizard boleh didapati di http://www.bisnesdigital.com/instantarticlewizard

2. Article Apps

Selepas anda hasilkan artikel menggunakan Instant Article Wizard, anda perlu buat pengolahan semula artikel tersebut supaya ianya menjadi unik. Kemudian barulah anda letakkan article ini di blog atau laman web anda.

Pengolahan artikel untuk menjadikan ianya unik adalah penting untuk memberitahu enjin carian bahawa artikel yang anda tulis ini adalah artikel baru yang patut disenaraikan ke dalam enjin carian tanpa ianya dilabel sebagai artikel cedokan daripada sumber-sumber yang lain.

Pengolahan semula artikel ini boleh dilakukan dengan menggunakan perisian Article Apps di mana ianya mampu membantu anda memberikan cadangan penukaran perkataan-perkataan seerti di dalam artikel anda dan seterusnya mencipta artikel baru untuk digunakan.

Bukan setakat satu artikel baru sahaja yang boleh dicipta, malah perisian ini boleh mencipta lebih daripada satu artikel baru daripada sumber yang sama. Jadi di sini, anda akan dapat membina beberapa artikel baru daripada satu penulisan yang anda hasilkan melalui Instant Article Wizard.

Article Apps boleh didapati di http://www.bisnesdigital.com/articleapps

Diharapkan dengan adanya sumber perisian ini, masalah penulisan artikel anda ini dapat diselesaikan dengan mudah.

Sebagai kesimpulannya, menulis artikel boleh menjadi satu sumber menarik trafik ke laman web anda dengan baik. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang berminat untuk menulis artikel disebabkan alasan-alasan tertentu tetapi dengan adanya pelbagai perisian yang dapat membantu anda menulis artikel di internet, ianya tidak mustahil untuk anda mencipta pelbagai artikel yang berkualiti.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.TheFourWeekstoFreedom.info untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *