Bermulanya suatu perjalanan…

Setelah sekian lama merancang untuk melancarkan blog aku sendiri, baru kini tercapai dan semoga dapat aku meneruskan komitmen ni memandangkan terdapat juga blog lain dan perkara-perkara lain yang perlu aku uruskan setiap hari.

Kalau nak diikutkan, perancangan aku adalah untuk membuat posting setiap hari bermula daripada 1 Oktober 2009 ni.  Dan sekarang ni hanyalah sebagai testing untuk blog baru ini.  Blog ini juga akan aku jadikan sebagai suatu tempat untuk aku berkongsi dan berbincang dengan sesiapa sahaja yang sudi membaca selain menjadi tempat rujukan aku sendiri untuk melihat progress kehidupan aku dalam mencapai apa yang aku rancangkan.

Di sini, aku juga akan lebih casual dan akan sembang-sembang dengan korang semua dalam bahasa seharian yang lebih memudahkan bukan aku sorang sahaja untuk menulis tetapi untuk anda juga faham dan mudah join sekali.

Di sini aku akan berkongsi tentang 3 perkara utama yang aku buat… kerja (seharian) aku, hartanah (minat utama aku) dan juga internet bisnes (bakal perniagaan utama aku).  Selain itu, aku juga akan membuat posting berkenaan perkara-perkara lain yang aku suka seperti hobi dan isu harian yang aku alami.

Semoga blog ini bakal membawa perubahan kepada diri aku… dan juga anda kepada perkara yang bermanfaat.

Semangattt….

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *