Balik ke KL

Setelah seminggu aku sekeluarga beraya di Kluang, kini tiba masanya untuk balik semula ke KL pada hari ni.  Ikut plan asal aku akan balik sama ada malam ini ataupun esok awal pagi… tapi berdasarkan pengalaman aku kalo nak balik awal pagi esok memang tak akan jadi sebab biasanya akan nak siap itu ini la.. pastu nak breakfast dulu la… dan akhirnya pukul 10-11am  baru nak gerak.

So aku dah buat keputusan, malam ni lebih kurang pukul 9 aku akan bertolak balik ke KL.  Tapi sebelum tu kena ambik dulu gambar raya yang kitaorang ambik kat studio masa raya pertama aritu..

…bersambung..

gambar tak sampai lagi dari JB petang tadi… adusss.. mula2 janji 5.30pm.. pastu pukul 6… Bila pukul 6.30 aku sampai cakap tak sampai lagi.. cakal dalam setengah jam lagi… then call cakap dia akan hantar rumah bila dah sampai.. huhhh..

malam dalam pukul 8.30 barulah gambar sampai… semua sekali RM540 – 1 gambar family dan 6 family berasingan.. ok la kot.. kira murah la.. untuk family aku sendiri just RM65 (6″x10″) – murah ke mahal? aku pun tak tahu..  dari segi quality dan harga aku puas hati tapi… dari segi posing tu aku kurenngg sikit… sebab anak aku terliok duduk atas aku dan lengan baju aku terlipat sikit.. patut cameraman kena la prihatin sikit bgtau kat kitaorang… tapi takpela.. next time aku akan beringat..

Akhirnya, itu ini..itu ini.. pukul 9.30pm aku bertolak ke KL….

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *